章節 9 Breakeven
Breakeven @ BE @ pulang modal adalah satu tahap di mana korang telah menetapkan satu keputusan agar tidak mengalami kerugian dengan mengubah Stop Loss kepada BE+1 apabila market tidak berpihak dengan apa yang telah dijangkakan.
Sebagai contoh korang buy Pair GBP/USD pada harga 1.1300 dan menetapkan TP sebanyak 100 pips pada harga 1.1400.
Pada masa yang sama harga telah naik sebanyak 35 pips dan korang telahpun profit lalu mengubah SL menjadi BE+1 (mengubah SL menjadi 1.1301).
Selang beberapa jam kemudian market tidak berpihak kepada entry dan mengubah haluan lalu turun mendadak kepada 1.1250.
Walaupun price turun mendadak sebanyak 85pips (1.1335 – 1.1250 = 0.0085 @ 85 pips) tetapi korang sebenarnya telahpun untung 1 pips kerana mengubah SL menjadi 1.1301.