章節 3  JENIS-JENIS CHART

Terdapat 3 jenis chart iaitu;

1. Line Chart

JENIS-JENIS CHART-第1張圖

Melalui gambar di atas, ianya adalah gambar line chart bagi pair AUDUSD yang diambil dari meta trader 4 windows. Ianya menunjukkan pergerakan dari satu closing price ke closing price seterusnya. Melalui line chart ini kita cuma boleh melihat pergerakan umum sahaja iaitu closing price.

Sangat mudah melihat pergerakannya tetapi ianya tidak baik untuk kita sebagai trader, kerana tidak banyak maklumat yang kita perolehi mengenai perincian pergerakan price dalam satu-satu tempoh tertentu.

Anda cuma tahu closing price pada akhir tempoh dan anda tidak tahu apa lagi yang berlaku.
Tetapi ia dapat membantu trader melihat trend dengan lebih mudah dan membandingkan perbezaan
closing price dari satu tempoh ke tempoh yang lain secara visual.

Line chart ini kebiasaan digunakan untuk mendapatkan gambaran "gambaran besar" mengenai
pergerakan price. Sebilangan kecil trader menganggap closing price lebih penting daripada open price.

.

2. Bar Chart

JENIS-JENIS CHART-第2張圖

Gambar di atas menunjukkan gambar Bar Chart bagi pair AUDUSD yang diambil dari meta trader 4 windows. Melalui bar chart kita boleh melihat open price, close price, high price dan juga low price.

Perbezaan besar antara line chart dan bar chart adalah bar chart mempunyai OHLC (terbuka, tinggi, rendah, dan tutup) dapat menunjukkan turun naik.

JENIS-JENIS CHART-第3張圖

OPEN/Buka: Garis mendatar kecil di sebelah kiri adalah open price

HIGH/Tinggi: Bahagian atas garis menegak menentukan high price dalam jangka masa tertentu

LOW/Rendah: Bahagian bawah garis menegak menentukan low price dalam jangka masa tertentu

CLOSE/Tutup: Garisan mendatar kecil di sebelah kanan adalah close price

Berbanding dengan line chart sebelum ini, bar chart lagi banyak maklumat yang boleh kita perolehi. Bar chart  ini mempunyai beberapa kelebihan, dan juga beberapa kekurangan. Kelebihan bar chart ini adalah:

1. Mempunyai data lebih lengkap. Berbeda dengan line chart yang hanya menampilkan closing price. Bar chart menyediakan data lebih lengkap dari opening price, closing, high dan low.

2. Dapat digunakan bersama indikator-indikator teknikal yang lain. Bar chart menampilkan open price, closing, high dan juga low. Dengan adanya data perdagangan yang lengkap, ianya dapat digabungkan bersama penggunaan indikator-indikator lain dan digunakan secara maksimum.

Bar chart juga memiliki beberapa kelemahan antara lain:

1. Lebih susah dilihat. Dalam menyediakan data dari open hingga close, bar chart  lebih susah dilihat dan memakan masa bagi trader untuk menganalisis, kerana menggunakan garis yang tipis.

2. Sukar untuk kita melihat samada buyer ataupun seller yang mendominasikan market dan sukar untuk menentukan dimanakah reversal signal berlaku.


3. Candlestick Chart

JENIS-JENIS CHART-第4張圖

Candlestick berasal dari perkataan jepun yang bermaksud lilin dan ianya telah digunakan sejak abad ke-18. Candlestick ini sangat popular antara trader dan sehingga kini ianya masih digunakan. Candlestick chart menunjukkan maklumat pergerakan price yang sama dengan bar chart tetapi dalam format grafik yang lebih cantik. Rata-rata trader menyukai chart jenis ini kerana bukan sahaja lebih cantik, tetapi lebih senang dibaca.

Candlesticks juga dapat membantu menggambarkan sentimen bullish atau bearish dengan memaparkan saiz body candlestick itu sendiri dengan menggunakan warna yang berbeza.

Candlestick ini mempunyai beberapa kelebihan iaitu;

1. Lebih mudah menganalisis kerana bentuknya yang lebih gemuk dan adanya perbezaan warna jika dibandingkan dengan bar chart, candlestick lebih mudah dalam melihat pergerakan price yang fluktuatif. Dibandingkan dengan bar chart, memerlukan lebih banyak bar untuk dapat menganalisis lebih jelas untuk mengetahui bentuk seperti cup and handle, head and shoulder.

2. Memberikan reversal signal dengan lebih cepat. Candlestick chart dapat dengan mudah memberikan signal pada trader mengenai perubahan trend yang bakal terjadi dengan cepat dibandingkan dengan indikator-indikator lain. Bentuk atau pattern seperti hammer, doji, dan lain-lain sangat membantu dalam melihat reversal signal.

3. Dapat digunakan bersama indikator-indikator teknikal lain. Candlestick chart sama seperti bar chart yang menunjukkan open price,close price, high dan juga low. Dengan adanya data ini penggunaan indikator-indikator lain dapat digunakan secara maksimum.

Candlestick chart juga mempunyai beberapa kelemahan iaitu;

1. Secara statistik tidak terlalu tepat. Thomas Bulkowski dalam bukunya yang bertajuk Encyclopedia of Candlestick Charts menceritakan 105 jenis Candlestick Pattern. Ada 7 Candlestick yang mempunyai potensi profitable antara 50% hingga 67%, dan selebihnya mempunyai peratus profitable di bawah 50%.

2. Terlalu banyak pattern. Di dalam buku Encyclopedia of Candlestick Charts terdiri 105 jenis pattern candlestick. Sangat jarang ada trader dapat menghafal 105 jenis pattern dan berkemungkinan sebahagian besar ianya adalah tidak profitable.

3. Digunakan hanya untuk jangka pendek. Candlestick dapat memberikan arah ke mana market bakal akan bergerak, namun seringkali hanya dapat meneka sehingga 5 candle ke depan sahaja. Penyelesaian dari masalah ini adalah dengan menggunakan time frame yang lebih lama.


關於我們 用戶協議隱私權政策風險披露認證協議社群規範 幫助中心 意見回饋
App Store Android

風險披露

金融工具交易屬於高風險投資活動,有導致部分或全部投資本金損失的風險,可能不適合所有投資者。本網站所包含的任何觀點、聊天訊息、通知、新聞資訊、研究調查、分析、價格或其他訊息都是作為一般市場訊息提供的,僅供教育和娛樂之用,並不構成投資建議。所有的觀點、市場行情、推薦或任何其他內容可能隨時會改變,恕不另行通知。Trading.live對因使用或根據這些訊息而直接或間接造成的任何損失概不負責。

© 2024 Tradinglive Limited. All Rights Reserved.