章節 1 APA ITU SUPPORT DAN RESISTANCE
Support dan Resistance merupakan tools yang paling popular dan paling banyak digunakan oleh trader dari serata dunia. Juga dikenali dengan singkatan SNR. Setiap daripada mereka mempunyai idea yang tersendiri dalam menggunakan dan mengaplikasikan tools ini dalam trading seharian. Jom kita belajar tentang asas "Support dan Resistance" dahulu.
Melalui Rajah diatas, ia adalah pembentukan zig zag yang menaik. Apabila harga melakukan kenaikan dan kemudian melakukan penurunan (pullback), point tertinggi yang dicapai diambil sebagai Reistance. Resistance ini dianggap secara psikologynya ramai seller cuba menekan harga ke bawah dan membolehkan harga turun ke area support yang terdekat.
Apabila harga naik semula, point terendah yang dicapai sebelum ini dianggap sebagai Support. Support ini dianggap secara psikologynya adalah ramai buyer yang cuba menekan harga untuk naik ke atas dan membolehkan harga naik ke area resistance yang terdekat.
Dengan adanya buyer dan seller yang melakukan urusniaga jual beli membolehkan pergerakan naik dan turun harga berlaku. Support dan Resistance akan sentiasa terbentuk apabila harga naik dan turun dari semasa ke semasa.