บทที่ 8 # Broker DD kecil
Broker jenis ini juga dikenali sebagai bucketshop iaitu broker yang mengangkat bakul sendiri untuk menipu demi kepentingan sendiri. Kebiasannya broker ini dari tempat yang kurang dikenali dan tidak berdaftar dari badan-badan yang telah diiktiraf.
Broker jenis ini banyak melakukan penipuan kerana tiada siapa yang mengawasi kegiatan mereka. Jika korang memilih broker jenis ini, pastikan lakukan carian review dulu dari mereka yang telah menggunakannya.
Sekiranya review negatif lebih banyak dari positif maka lebih baik elakkannya, sekiranya review positif lebih banyak dari negatif maka korang boleh pertimbangkannya.
Rajah di atas menjelaskan cara broker jenis ini melakukan urus niaga.