Bab 2 CONTOH PENGIRAAN MUDAH
Baiklah saya bagi contoh pengiraan mudah. Katakan korang inginkan pendapatan sampingan rm800 sebulan untuk menampung perbelanjaan minyak, tol dan makan minum. Ini contoh ye..
Target bulanan 10% dari modal
katakan rate 1 usd = rm 4.20 untuk deposit
1 usd = rm4 untuk withdraw
Bermakna korang perlu dapatkan 200 usd bagi mendapatkan rm800..
Setakat nie ada faham?..tak faham ulang balik baca..kalau dah faham teruskan
Untuk tahu berapa modal yang ideal bagi mendapatkan 200 usd sebulan dengan target minima 10% sebulan
Jom belajar kira-kira pulak
200/10 x 100 = 2000 usd..
Ini bermakna dengan bermodalkan 2000usd dan target cuma 10% sebulan, maka keuntungan yang diperoleh adalah 200 usd..
Banyaknya 2000usd..boleh tak depo 200 usd dan target 100% sebulan tuan??..jawapan saya boleh je tak ada masalah..itupun kalau korang dah expert..kalau rasa-rasa diri tu tak expert lagi..ikot jela modal yang disarankan..
Takpun kayuhlah pelan-pelan kasi grow modal korang
Tak pon berlatih kat demo acc lagi senang..tak pening dan tak keluar modal...Dah konpiden baru trade kat real akaun dan mulakan dengan modal yang minima untuk tajamkan skill.