Bab 1 3 JENIS CHART FOREX DAN CARA MEMBACANYA
Untuk mengkaji bagaimana sesuatu price itu bergerak dari satu point ke satu point yang lain memerlukan beberapa cara untuk melihat pergerakan price dan juga history. Chart hanyalah gambaran visual currency price dalam satu jangka masa tertentu.
.
Gambar di atas menggambarkan aktiviti perdagangan yang berlaku dalam satu tempoh tertentu, sama ada 5 minit, 15 minit, satu jam, empat jam, satu hari, atau satu minggu ataupun sebulan.
Perubahan price adalah sebahagian dari sebilangan besar perubahan sesuatu peristiwa, jadi tugas kita sebagai trader
adalah mengurus risiko dan menilai sebarang kebarangkalian yang bakal berlaku dan di situlah chart memainkan peranan untuk membekalkan maklumat kepada kita.
Penggunaan chart adalah mesra pengguna kerana cukup mudah untuk memahami bagaimana pergerakan price
disajikan dari masa ke semasa. Dengan menggunakan chart, mudah untuk mengenal pasti dan menganalisis pergerakan, corak, dan kecenderungan sesuatu currency.