章节 6  KEBAIKAN DAN CABARAN DALAM FOREX TRADING

KEBAIKAN

1)Mudah diakses

Pasaran forex adalah antara pasaran yang paling mudah diakses oleh peniaga individu. Pedagang boleh membuka akaun forex dalam masa yang singkat dan boleh mula berdagang dengan berbekalkan modal serendah 10 USD (Sekitar RM43).

.

Aktiviti perdagangan boleh dilakukan secara atas talian dan pedagang boleh mendapat info tentang harga pasaran masa sebenar, berita pasaran, carta harga, alat dan strategi melalui platform perdagangan dalam talian. Selain itu, pasaran forex dibuka 24 jam sehari / 5 hari seminggu. Pedagang forex boleh trade pada bila-bila masa mengikut kesesuaian masing-masing.

.

2) Potensi untuk memperolehi pendapatan dengan cepat

Pasaran forex bergerak pantas dan mempunyai kecairan yang tinggi. Ciri-ciri tersebut digabungkan dengan leverage yang biasanya lebih tinggi bagi pedagang forex, memungkinkan keuntungan dijana dengan lebih pantas.

.

3) Leverage

Leverage adalah alat dagangan yang sangat berguna bagi trader yang mempunyai modal kecil. Leverage boleh membantu trader dengan modal kecil untuk memperoleh keuntungan yang besar.

.

Pasaran forex menyediakan leverage yang jauh lebih tinggi berbanding pasaran-pasaran yang lain. Pedagang mungkin dapat memperolehi akses kepada margin yang membenarkan leverage sehingga 1000:1, bergantung pada jenis broker.

.

4) Kecairan

Pasaran forex adalah pasaran terbesar di dunia. Ini bermakna terdapat banyak kecairan untuk perdagangan, terutamanya dalam mata wang utama. Pedagang yang bekerja dengan “trading desk model” di broker forex biasanya ditawarkan kecairan yang cukup untuk perdagangan biasanya kerana broker itu sendiri akan mengambil kedudukan yang berlawanan dari perdagangan apabila kecairan mungkin kurang di bahagian lain pasaran.

.

5) Strategi Teknikal

Pasaran forex sesuai untuk analisis teknikal. Terdapat beberapa strategi teknikal yang biasanya digunakan oleh pedagang forex seperti price action untuk menjana keuntungan. Pedagang forex boleh memperoleh keuntungan dengan hanya menggunakan analisis teknikal carta harga.

CABARAN

.

1)Turun naik/Volatility

Pasaran forex sangat aktif dan tidak stabil. Nilai harga matawang boleh berubah dalam beberapa saat dan jika anda tidak berhati-hati, modal anda boleh turut melayang dalam sekelip mata. Pedagang forex yang mengharapkan keuntungan dalam masa jangka pendek mungkin terdedah kepada ketidakstabilan melampau yang tidak dijangka, dan boleh menjadikan strategi perdagangan mereka mungkin tidak menguntungkan.

.

2) Emosi

Masalah utama kenapa kebanyakan pedagang gagal adalah kerana emosi mereka sendiri. Pedagang terlalu mengejar keuntungan sehingga mereka tidak dapat mengawal emosi mereka ketika berdagang. Oleh itu, untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya, selain strategi yang hebat untuk mengaut keuntungan, anda juga perlu mempunyai mentaliti yang kuat serta memiliki ilmu pengetahuan tentang pasaran forex sebanyak yang mungkin.

关于我们 用户协议隐私政策风险披露认证协议社区准则 帮助中心 意见反馈
App Store Android

风险披露

金融工具交易属于高风险投资活动,有导致部分或全部投资本金损失的风险,可能不适合所有投资者。本网站所包含的任何观点、聊天信息、通知、新闻资讯、研究调查、分析、价格或其他信息都是作为一般市场信息提供的,仅供教育和娱乐之用,并不构成投资建议。 所有的观点、市场行情、推荐或任何其他内容可能随时会改变,恕不另行通知。Trading.live对因使用或根据这些信息而直接或间接造成的任何损失或损害概不负责。

© 2024 Tradinglive Limited. All Rights Reserved.