章节 4  SEJARAH FOREX TRADING

SEJARAH FOREX TRADING-第1张图

Sistem barter merupakan kaedah pertukaran tertua yang bermula pada tahun 6000 sebelum masihi yang di perkenalkan oleh suku Mesopotamia. Sistem barter melibatkan pertukaran barang dari satu individu ke individu yang lain.

.

Sistem ini kemudian berkembang sehingga akhirnya barang-barang seperti garam dan rempah menjadi medium pertukaran yang popular. Seiring dengan perkembangan ekonomi, akhirnya sistem barter tidak lagi digunakan disebabkan ianya mempunyai kelemahan yang banyak sehinggalah ianya digantikan dengan wang untuk melakukan transaksi jual dan beli.

.

Transformasi besar pertama pasaran pertukaran asing adalah Sistem Bretton Woods yang berlaku menjelang akhir Perang Dunia II. Amerika Syarikat (AS), Britain, dan Perancis bertemu di Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bretton Woods, NH untuk merancang susunan ekonomi global yang baru. Lokasi itu dipilih kerana pada masa itu, AS adalah satu-satunya negara yang tidak mengalami perang.

.

Sebilangan besar negara-negara utama Eropah berada dalam keadaan kucar-kacir dan secara kebetulan, Perang Dunia II telah mengubah status dollar AS daripada mata wang yang gagal (setelah kejatuhan pasaran saham pada tahun 1929) menjadi mata wang penanda aras (benchmark currency).

.

Selepas Perjanjian Bretton Woods pada tahun 1971, transaksi jual beli mata wang utama akan dilakukan oleh bank, manakala pihak lain seperti kerajaan dan syarikat-syarikat perdagangan perlu menghubungi bank sebagai pengantara.

.

Mereka perlu menghubungi pihak bank melalui telefon, di mana bank akan mencatat harga suatu mata wang dibeli atau dijual. Dari sini, maka terciptalah pasaran interbank sebagai satu jaringan tak berpusat (over-the-counter) di mana mata wang akan ditukarkan dan nilai pertukaran mata wang akan mengalami perubahan secara dinamik.

.

Perkembangan ekonomi global yang berlaku sekitar tahun 80an hingga 90an telah menyebabkan perubahan baru di dalam dunia perdagangan forex di mana masyarakat kini boleh mengejar dunia yang sebelum ini hanya didominasikan oleh bank-bank besar dan syarikat-syarikat yang bertaraf antarabangsa.

.

Transaksi melalui perantaraan perbankan tidak lagi dilakukan melalui panggilan telefon tetapi boleh dilaksanakan menerusi Internet, malah satu platform trading juga telah dicipta untuk membolehkan sesiapa sahaja melihat ‘harga’ (nilai tukaran mata wang) dan menjual-beli mata wang secara real-time.

.

Perkembangan teknologi merupakan titik penting dalam sejarah forex trading kerana ianya telah mendorong perdagangan di pasaran forex untuk meningkat naik menjadi pasaran kewangan terbesar di dunia.

关于我们 用户协议隐私政策风险披露认证协议社区准则 帮助中心 意见反馈
App Store Android

风险披露

金融工具交易属于高风险投资活动,有导致部分或全部投资本金损失的风险,可能不适合所有投资者。本网站所包含的任何观点、聊天信息、通知、新闻资讯、研究调查、分析、价格或其他信息都是作为一般市场信息提供的,仅供教育和娱乐之用,并不构成投资建议。 所有的观点、市场行情、推荐或任何其他内容可能随时会改变,恕不另行通知。Trading.live对因使用或根据这些信息而直接或间接造成的任何损失或损害概不负责。

© 2024 Tradinglive Limited. All Rights Reserved.