فصل 10 Bid dan Ask
Bid adalah harga yang ditawarkan oleh broker untuk korang menjual.
Manakala Ask pula adalah harga yang ditawarkan oleh broker untuk korang membeli.
Sebagai contoh Harga Bid GBP/USD 1.1300, manakala harga Ask 1.1303. Apabila buy, korang akan buy pada harga 1.1303.
Sebaik saja posisi dibuka, korang dapati harga semasa post tersebut ialah 1.1300 (harga Bid) dan sedang dalam keadaan floating sebanyak -3 pips.
Ini adalah disebabkan oleh spread.